Monday, September 12, 2011

pEsanAn Rasulullah S.A.W bagi lelaki dan perempuan...

Pesanan untuk perempuan :
  • Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
  • Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani dan Anas bin Malik)
  • Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada Nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
  • Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapusnya seribu kejahatan.
  • Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala bagi orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)
Pesanan untuk lelaki :
" Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang barakah dan yang shadaqah "
  • Wanita ananah : banyak mengeluh dan mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita mananah : suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan ' aku buat tue keranamu '
  • Wanita hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu mengatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita barakah : ada 2 makna, pertama sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
  • Wanita syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
- Dicatatkan oleh Imam al-Ghazali-

No comments:

Post a Comment