Sunday, June 5, 2011

.: mut!ara kaTa :.

  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya.
  • Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan.
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan.
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal.
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil.

No comments:

Post a Comment